Thursday 13 September 2012

Erti Sebenar Satu Persahabatan!!


Assalamualaikum...

Semua orang mempunyai sahabat @ teman @ kawan bukan? Mengapa kita semua memerlukan sahabat? Kita memerlukan seseorang untuk kita berkongsi rasa apa yang dipendam dalam hati kita. Tidak semua ibu bapa kita boleh dijadikan tempat meluah rasa. Faktor umur dan juga cara pemikiran juga bergantung dengan siapa kita ingin berkongsi rasa. 

Begitu juga dengan hidy. Ada sesuatu benda yang hidy boleh berkongsi dengan ibu, ada juga yang tidak. Korang pun macam hidy juga. Kebiasaannya kita akan memilih dengan siapa kita ingin bercerita. Ini kerana khuatir jika rahsia peribadi kita dijaja kepada orang lain. Oleh itu, amat penting untuk kita memilih sahabat sebagaimana yang kita ingin pilih.

Ada beberapa tips yang kita perlu ada dalam sebuah persahabatan yang luhur.

1. KEPERCAYAAN
    Kepercayaan merupakan perkara yang paling utama dalam sebuah persahabatan. Bukan hanya penting dalam percintaan sahaja. Kita kena saling mempercayai antara satu sama lain. Dengan adanya kepercayaan ini, insyaallah akan berkekalanlah sebuah persahabatan.

2. KEIKHLASAN
    Kita kena ikhlas apabila bersahabat dengan seseorang. Bukan kerana dia anak orang kaya korang berkawan dengan dia. Itu amat salah. Persahabatan yang tidak dimulakan dengan keihklasan tidak akan berpanjangan. Bersahabatlah dengan dia kerana Allah.

3. KEJUJURAN
    Bersikaplah jujur dalam persahabatan. Jangan sembunyikan apa-apa pun dalam satu persahabatan. Jika korang ada terasa hati dengan sahabat korang, suarakan. Jangan pendamkan kerana takut ia akan memakan diri korang sendiri. Tanpa kita sedari persahabatan itu menjadi semakin renggang.

4. KASIH SAYANG
    Bukan percintaan sahaja yang memerlukan kasih sayang. Persahabatan juga perlu. Tanpa kasih sayang bagaimana kita hendak terbitkan perasaan untuk memahami, saling membantu dan sebagainya. Jika persahabatan itu melibatkan antara lelaki dan perempuan, bataskan perasaan sayang anda. Gariskan kasih sayang itu hanya sebagai sahabat bukan lebih. Memang ada yang mengatakan, mustahil lelaki dan perempuan boleh menjadi sahabat tanpa melibatkan perasaan lebih daripada sahabat. Kita semua sebenarnya boleh ubah persepsi mereka semua. Kita yang pilih jalan hidup kita bukan mereka.

5. KEMAAFAN
    Bersedialah untuk memaafkan sahabat kita andai dia pernah melukakan hati kita. Manusia tidak lari daripada melakukan perasaan. Memaafkan seseorang akan membuatkan hati kita tenang. Apa guna kita marahkan seseorang dan membuatkan hati kita jadi gelisah. Bertolak ansur dan bertoleransilah dalam persahabatan agar kita tidak akan hilang sahabat sejati kita.

6. SETIAKAWAN
    Sikap ini amat perlu dalam persahabatan. Sahabatlah yang akan ada tatkala kita susah dan senang. Sahabat sejati tidak akan meninggalkan sahabatnya dalam kesusahan. Malah akan sentiasa ada di saat kita memerlukan. 


Ada banyak lagi sebenarnya tips2 yang boleh diaplikasikan. Setiap orang ada caranya tersendiri. Sahabat yang sebenar tidak akan melakukan perkara2 yang sahabatnya tidak suka. Kita mungkin boleh hidup tanpa pakwe/makwe..Tapi susah jika kita tidak memiliki sahabat walaupun hanya seorang.


Andai kau ingin bersahabat… terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah -Cicinta

10 kunci persahabatan yang baik

Persahabatan merupakan satu hubungan yang suci itupun jika seseorang itu tahu menghargainya. Tanpa seorang sahabat, seseorang itu boleh dikatakan kera sumbang dan hidupnya taklah sesempurna orang yang mempunyai walaupun seorang sahabat sahaja. Sesetengah orang juga mempunyai masalah sahabat makan sahabat. Untuk mencari sahabat yang baik, kita mestilah menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu. Jadi ikutilah tips ini untuk menjadi sahabat yang baik:

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana kata-kata dari seorang sahabat dapat menjadi pendorong dan dalam masa yang sama boleh juga menjaga pisau yang tajam hingga mengguriskan hati seorang sahabat yang lain.

Tanda-Tanda Lelaki Sukakan WaniTA...



Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.
1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.
2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.
4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.
5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya.